Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Turki telah menolak sebuah resolusi yang dikeluarkan oleh para penggubal undang-undang kanan Amerika Syarikat. Resolusi itu mengecam tindakan ganas pasukan keselamatan Turki ke atas para penunjuk perasaan yang membuat bantahan di luar rumah Duta Besa Turki di Washington.
Jurucakap Kementerian Luar Turki, Huseyin Muftuoglu mengkritik penilaian yang dianggap oleh pihaknya sebagai berat sebelah. Dia turut menambah dengan mengatakan bahawa resolusi itu turut mengubah fakta berhubung insiden tersebut.
Pihak kementerian tersebut turut pergi lebih jauh dengan menyalahkan kelalaian pihak berkuasa A.S berikutan insiden tersebut.
Para penggubal undang-undang A.S di Dewan Perwakilan pada hari Khamis telah meluluskan sebuah resolusi yang mengecam tindakan ganas pasukan keselamatan Turki ke atas para penunjuk perasaan aman dan menyeru pihak terbabit untuk membawa mereka yang bersalah ke hadapan pengadilan.
Dua daripada pengawal Turki ditahan pada 16 Mei lepas selepas pergaduhan tercetus di luar rumah Duta Besar Turki yang terletak di Washington ketika Presiden Recep Tayyip Erdogan sedang melawat A.S. Para pengawal itu dirakam sibuk menendang para penunjuk perasaan di kawasan tersebut sambil disaksikan oleh Erdogan sendiri.
Kedua-dua pengawal itu walau bagaimanapun telah dibebaskan dan dihantar pulang ke Turki. -ABNA24
/315
Turki Tolak Resolusi Para Penggubal Undang-Undang A.S Ke Atas Tindakan Ganas Pengawalnya Di Washington D.C
26 Mei 2017 - 18:52
News ID: 832138
Menteri Luar Turki telah menolak sebuah resolusi yang dikeluarkan oleh para penggubal undang-undang kanan Amerika Syarikat. Resolusi itu mengecam tindakan ganas pasukan keselamatan Turki ke atas para penunjuk perasaan yang membuat bantahan di luar rumah Duta Besa Turki di Washington.